Siakap Keli
suomenkuvalehti.fi

Gagal Laksana Pembaharuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Sosial, PM Finland Letak Jawatan

Perdana Menteri Finland, Juha Sipila baru-baru ini telah melepaskan jawatannya beberapa minggu sebelum pilihan raya umum selepas gagal mendapatkan kelulusan parlimen bagi menunaikan janji pilihanrayanya yang mahu membuat pembaharuan dalam perkhidmatan kesihatan dan kebajikan sosial.

Beliau yang sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan memaklumkan keputusan tersebut kepada Presiden Sauli Niinisto. Sipila tetap berkeras dengan keputusannya biarpun diminta memangku jawatan tersebut sehingga tarikh pengundian pada 14 April.

Tindakan yang diambil oleh Sipila dikatakan sebagai satu taktik bagi membolehkan parti yang diwakilinya, Center Party memberi fokus kepada kempen pilihan raya.

Selain itu, akhbar juga melaporkan bahawa tindakkan yang diambil oleh Sapila sebagai pengakuan bahawa kerajaan pimpinannya gagal mendapat sokongan penuh untuk melaksanakan pakej reformasi ekonomi yang diusahakannya.

Statistik sebelum ini menunjukkan bahawa suku populasi Finland akan mencapai usia melepasi 65 tahun menjelang tahun 2030. Finland mempunyai penduduk sekitar 5.4 juta orang.

Keadaan ini membuatkan sektor penjagaan kesihatan dengan kos efektif adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Reformasi yang mahu dibawa oleh Sipila termasuklah dari segi pentadbiran dan bidang kuasa perkhidmatan kesihatan serta peranan lebih besar kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan sektor swasta.

Bagaimanapun alasan yang diberi Sipila dibantah oleh pembangkang yang mendakwa ia lebih terarah kepada kemerosotan populariti Sapila dalam parti yang diwakilinya.

Sejak dilantik memegang jawatan tersebut, Sipila berjaya melaksanakan beberpa pembaharuan ekonomi tetapi tidak popular termasuklah menambah waktu kerja bagi meningkatkan produktiviti tetapi dengan jumlah bayaran yang sama.

Manakala pembaharuan yang ingin dibawa dalam sektor kesiahatan pula terpaksa melalui jalan yang berlliku termasuklah beberapa cadangan yang bertentangan dengan perlembagaan.

Sumber: Fortune

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.