Siakap Keli

Penghantar Makanan Berkerusi Roda Dapat Pujian Netizen, Tetap Gigih Walau Serba Kekurangan

Tiada siapa pun yang inginkan ketidaksempurnaan, namun lelaki ini membuktikan kesempurnaannya bukanlah sesuatu yang patut diratapi, malah kegigihannya menjadi perhatian orang ramai.

Gambar seorang lelaki lengkap mengenakan baju jenama syarikat penghantaran makanan terkenal, berkerusi roda sambil memangku bungkusan makanan.

Rata-rata netizen memuji sikap lelaki ini walaupun fizikalnya tidak seperti orang normal yang lain tetapi kesungguhannya untuk mencari rezeki, dipuji.

Ulasan di Facebook menunjukkan ramai netizen yang mengagumi kegigihan lelaki itu menjalankan tugasnya walau serba kekurangan.

“Kalau dia yang hantarkan makanan kepada saya, saya akan berikan dia duit lebih sebagai tanda penghargaan.”

Anda inspirasi kepada mereka yang malas untuk bekerja dan sentiasa mengeluh. Sesetengah orang menunggu orang lain untuk membantu mereka tetapi anda wira sebenar yang tidak pernah berputus asa.”

“Semoga tuhan melindungi ketika dia menjalani pekerjaannya.”

“Saya seronok untuk mereka.  Sekurang-sekurangnya dia boleh dapat sikit wang untuk teruskan hidup.”

Sumber: All Singapore

Nur Farra