Siakap Keli

Harga RON 97 Naik Lagi, RON 95 Dan Diesel Kekal

Gambar : Treasury.gov.my

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 Mac 2019 sehingga 22 Mac 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM2.46 seliter kepada RM2.54 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 16 Mac 2019 sehingga 22 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.24 seliter dan RM2.37 seliter masing-masing. Namun, harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan Kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan beban kewangan rakyat.

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
15 Mac 2019

Sumber : Treasury.gov.my

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.