Siakap Keli

Insiden Masjid Christchurch: PM New Zealand Sahkan 40 Terkorban Dan 20 Cedera Termasuk 2 Rakyat Malaysia

Empat puluh orang telah terbunuh dan lebih daripada 20 cedera parah di dua buah masjid di bandar Christchurch, New Zealand selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan terhadap mangsa yang berada di kawasan tersebut.

2 orang yang cedera dipercayai adalah rakyat Malaysia.

Saksi memberitahu media bahawa seorang lelaki yang berpakaian gaya ketenteraan (pakaian penyamaran) membawa senapang automatik menembak orang secara rawak di masjid Al Noor pada pukul 1.40 petang waktu tempatan.

Gambar : Youtube

Rakaman video yang tersebar secara meluas di media sosial dikatakan telah diambil sendiri oleh seorang lelaki bersenjata dan disiarkan dalam talian (online) secara langsung ketika serangan itu dilancarkan.

Video itu menunjukkan dia memandu ke salah satu masjid, masuk dan menembak secara rawak pada orang di dalamnya.

Gambar : Vox.com

Pihak Polis New Zealand menyeru orang ramai supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video tersebut dan usaha untuk menghapuskannya sedang dijalankan.

Gambar : NBC.news

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata pihak polis juga telah ‘mematikan’  alat letupan yang ditemui di beberapa buah kenderaan selepas insiden tembakan di masjid itu

Bush mengesahkan bahawa pihak polis kini mempunyai empat suspek dalam tahanan – tiga lelaki dan seorang wanita dengan seorang yang disahkan menjadi warganegara Australia.

Perdana Menteri New Zealand berkata suspek mempunyai minat yang kuat terhadap kegiatan ekstrimis dan keganasan namun tidak pernah berada dalam pengawasan polis.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YcF5AN2cccw?start=8]

Sumber : NBC News , Telegraph uk.co 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.