Siakap Keli

“Saya Rasa Saya Jadi Gemuk La Bila Period” Doktor Ini Jawab Luahan Pesakitnya Dan Perjelas Fakta Mengenai ‘Mitos’ Tersebut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara ‘wajib’ yang akan dihadapi oleh golongan wanita setiap bulan adalah haid. Namun mungkin ada yang sedar bahawa sebelum ‘datang bulan’ wanita akan merasai beberapa simptom awal seperti ‘mood swing’, loya, pening kepala, sakit pinggang, naik jerawat dan sebagainya.

Malah, ketika proses tersebut akan berlaku perubahan hormon yang menaikkan selera makan. Mula la terasa hendak makan pelbagai jenis menu. Tak kira masa dan di mana, perut kita akan meragam minta diisi, dan mulut pula sentiasa terasa ingin menguyah.

Paling selalu didengar adalah rungutan “Alaa, kenapa bila period ni terasa macam gemuk sikit eh?”

Sumber : Giphy

Seorang Doktor, Khairul Faizie telah berkongsi di laman Facebooknya mengenai isu tersebut.

Gambar : Khairul Faizie

Menurut Khairul,

Saya Rasa Saya Jadi Gemuk La Bila Period

Itu luahan patient aku minggu lepas. Dia datang sebab senggugut, dan mengadu badan ‘macam gemuk’ bila period.

Tapi jangan risau, gemuk sikit, bukan banyak.

Sumber : Giphy

Dan gemuk nya boleh dibuang cepat,  sebab yang menyumbang kepada gemuk ( tambah berat badan) masa period ialah pengumpulan air dalam badan ( water retention).

Bila Dah Nak Dekat Period, Hormon Estrogen Akan Memuncak Naik

Kesan kenaikan estrogen inilah yang menyebabkan body wanita kumpul air , dan menyebabkan rasa bloated. Kesan estrogen ni akan hilang sebaik sahaja anda period. Level estrogen akan turun dan water retention berkurangan.

Air yang berkumpul tu akan berkumpul di breast, kawasan sekitar abdomen dan hujung2 kaki / tangan. So ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi memang bertambah berat pun, berat air. Saintis kata as much as 5 pounds pun boleh.

Tapi awas, kesan ‘ rasa gemuk’ yang mudah hilang ( sebab ia hanya water weight), boleh jadi kekal / susah dihilangkan ( extra berat), jika anda ‘ melayani craving anda masa period’.

Gambar Hiasan

Memang Masa Period Wanita Akan Ada Craving

Ini disebabkan hormon progesterone yg meningkat sebelum period tiba.Hormon progesterone merangsang selera.

Dan seperti yang disebut, bila anda mula je period, level hormon estrogen akan mula menurun. Estrogen ni dia pula control rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen low, serotonin pun, low. Low serotonin merangsang craving kepada makanan bergula ( carbohydrate).

Sebab secara fitrahnya, carbohydrate diperlukan oleh badan untuk menghasilkan serotonin. Perubahan hormon ni yang menyebabkan anda craving nak makan high carb (sugary ) foods macam coklat, icecream.

Diamalkan setiap kali period, maka jangan terperanjat la memang betul2 jadi gemuk. Haha.

So, cara yang disaran utk atasi craving high carb foods ini ialah :

Banyakkan Minum Plain Water, Ambik Lean Protein

Memang akan jadi malas / rasa malas nak bersenam bila period, tetapi bersenam at least sedikit masa period membantu buang water retention ( menerusi peluh), dan hormon endorphin yang keluar masa bersenam tu, membantu mengurangkan rasa cramp /period pain.

Sumber : Giphy

Kesimpulannya:

Wanita ini unik. Di beri keistimewaan boleh ada alasan berat badan bertambah, tak macam lelaki. Hahaha

– Berat naik sebab period.
– Berat naik sebab pregnant.
– Berat naik lepas bersalin.
– Berat naik menyusukan anak.
– Berat naik takde masa nak bersenam sibuk uruskan rumahtangga.
– Berat naik sebab stress masalah kerja / boyfriend so makan utk hilang stress.

Pendek kata: Wanita sentiasa menang & ada alasan utk justify perubahan mereka. Hahaha….
Lelaki jadi gemuk tak leh salahkan hormon.

Lelaki gemuk berat badan naik sebab stamina makin hilang kuat hisap rokok lepak mamak. So ada nampak faktor hormon?

Takda! Habit kuat minum alcohol, merokok & lepak mamak ( makan makan makan) tu yang bersalah.

Sumber : Khairul Faizie

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.