Siakap Keli
Gambar: KL Viral

Selepas Sungai Kim Kim, Sungai Klang Pula Tercemar Dengan Bahan Kimia

Sebahagian Sungai Klang yang berdekatan dengan Taman Eng Ann didapati tercemar dengan bahan kimia yang belum dikenal pasti lagi dipercayai dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Bernama, Datuk Hashim Osman yang juga merupakan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), pihaknya dimaklumkan berkenaan perkara tersebut pada pukul 6 petang semalam selepas menerima aduan orang awam.

Sejurus selepas menerima aduan tersebut, pihaknya telah mengarahkan sepasukan anggota LUAS dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengambil tindakan pencegahan pencemaran, meninjau serta mengambil sampel sisa bahan kimia tersebut bagi mengenalpastinya di makmal.

“Kami telah mengambil sampel bahan kimia tersebut untuk dianalisis di makmal bagi menentukan jenis bahan kimia yang terdapat di Sungai Klang itu”.

Menurut satu status Facebook yang dimuat naik menerusi akaun LUAS, sisa bahan kimia ini disyaki dibuang didalam sebuah kolam takungan dan juga longkang sebelum sisa itu mengalir masuk ke Sungai Klang.

Beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Alam Sekitar dan satu siasatan yang mendalam akan dijalankan bagi mengenali si pelakunya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pencemaran itu tidak akan memberi kesan kepada bekalan air kerana ianya terletak di hilir Sungai itu dan tidak berbahaya kepada manusia. Namun, ianya mungkin akan memberi kesan kepada hidupan di dalam sungai tersebut tetapi bergantung kepada jenis bahan kimia apa yang terdapat didalamnya.

Sumber: BERNAMA, Facebook Lembaga Urus Air Selangor

Aqmal Ezany

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di