Siakap Keli

(Video) Marvel Studio Lancarkan Trailer Kedua Filem Endgame, Peminat Tanya Mana Thanos ?

Marvel Studios menerusi saluran rasmi Youtube mereka telah memuatnaik trailer kedua untuk filem mereka seterusnya iaitu Marvel Avengers: Endgame yang sangat dinantikan oleh seluruh peminat Marvel Cinematic Universe (MCU).

Trailer kali ini lebih memaparkan babak-babak emosi yang melengkapi filem ini. Namun, peminat tertanya-tanya dalam trailer kedua ini masih tiada lagi kelibat Thanos yang dikatakan menjadi musuh utama untuk Avengers.

Namun, dalam poster terbaru yang dimuatnaik di Facebook, Thanos sudah disertakan dalam filem kali ini. Mungkin itu sedikit sebanyak menjawab persoalan peminat tentang kewujudan Thanos dalam filem ini.

Baru-baru ini, Marvel baru sahaja melancarkan filem Captain Marvel yang dibintangi oleh Brie Larson dan menurut sumber, Captain Marvel turut bersama-sama Avengers untuk misi Endgame kali ini.

Sehingga artikel ini ditulis, tontonan bagi trailer kedua Endgame ini sudah mencecah sehingga 90 juta tontonan di Youtube dan memberi bayangan bahawa filem ini akan memecahkan rekod filem-filem Marvel sebelum ini.

Sumber: Marvel Entertainment

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)