Siakap Keli

Media Sosial Utama Dunia Sekat, Padamkan Video Serangan Di New Zealand

Media sosial utama dunia termasuk Facebook, Google dan Twitter sedang menggiatkan usaha memadam dan menyekat rakaman video serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu.

Serangan di dua masjid yang dipenuhi jemaah pada Jumaat itu meragut 49 nyawa dan mencederakan 48 yang lain.

Seorang daripada penyerang dipercayai membuat siaran langsung ​​​​​​​di Facebook, menunjukkan seorang lelaki bersenjata ​​​​​​​melepaskan tembakan bertubi-tubi terhadap para jemaah yang berada di dalam masjid itu.

Wakil pejabat Facebook New Zealand, Mia Garlick ​​​​​​​berkata dalam satu kenyataan kepada media BuzzFeed, pihaknya sedang berusaha menyekat serta memadam semua rakaman ​​​​​​​kejadian.

Akaun milik penyerang di Facebook juga telah dipadamkan.

Twitter turut menarik balik video asal dan menggantung akaun yang ​​​​​​​berkongsi rakaman itu di platformnya, kerana pengguna telah ​​​​​​​melanggar dasar yang melarang kandungan mempunyai unsur kebencian ​​​​​​​atau keganasan.

Jurucakap Twitter dalam satu kenyataan berkata “pihaknya telah ​​​​​​​menugaskan kakitangan untuk menguruskan keadaan yang mendesak dan ​​​​​​​cemas seperti itu.”

YouTube juga mengambil langkah sama.

“Kandungan berunsur ganas tidak mempunyai tempat di platform kami, dan akan dikeluarkan sebaik kami menyedarinya,” kata YouTube dalam ​​​​​​​Twitternya.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di