Siakap Keli
Gambar Kredit: Trademe NZ

Tiada Sekatan Rakyat Malaysia Ke New Zealand – Menteri Pelancongan

Tiada sekatan buat rakyat Malaysia untuk berkunjung ke New Zealand susulan insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch yang dilapor mengorbankan 49 nyawa semalam.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata halangan hanya akan dilakukan sekiranya ada  arahan daripada Kementerian Luar.

Beliau bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke New Zealand supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengikuti arahan keselamatan oleh kerajaan negara itu.

“Jika Wisma Putra (Kementerian Luar) kata tak perlu (rakyat Malaysia) ke sana kita akan patuh arahan itu, dan pihak kita juga akan sentiasa berhubung dengan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pelancongan MATTA Fair 2019 di sini hari ini.

Tiga rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden tembakan itu yang dilabel oleh  Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai keganasan.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di