Siakap Keli

Tragedi Serangan Di ChristChurch, New Zealand Ubah Undang-Undang Senjata Api

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengulangi keputusan bahawa undang-undang senjata ​​​​​​​negara itu akan diubah, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu.

Langkah itu susulan insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di bandar kedua terbesar, Christchurch.Lima senjata ditemui, dua ​​​​​​​daripadanya separa automatik.

Difahamkan penyerang mempunyai lesen senjata yang sah.

“Kita akan ubah Undang-undang senjata,” ujarnya.

Setakat ini tiga suspek ditahan dan kesemua warga Australia.​​​​​​​Ketiga-tiga suspek itu tiada dalam senarai dikehendaki ​​​​​​​kerajaan New Zealand atau Australia.

Seorang suspek lelaki dikenali Brenton Tarrant, 28, akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Christchurch pada Sabtu pagi atas dakwaan membunuh.

Dalam perkembangan berkaitan Datuk Bandar Christchurch, Lianne ​​​​​​​Dalziel mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Serangan terhadap komuniti Muslim bermakna ia juga serangan terhadap kami di Christchurch dan New Zealand,” kata Dalziel.

Semua acara rasmi di seluruh negara dibatalkan.

Sekurang-kurangnya 49 mangsa tidak berdosa maut dalam kejadian pada ​​​​​​​Jumaat itu manakala 48 lagi cedera.

— BERNAMA

Nur Farra