Siakap Keli

Indonesia Dilanda Banjir Besar, 42 Orang Terkorban, 21 Cedera Parah

Menurut Pegawai Agensi Bencana (tempatan), banjir kilat di wilayah Papua telah menewaskan sekurang-kurangnya 42 orang dan lebih 21 orang cedera parah.

Kawasan Sentani yang berhampiran dengan ibu kota wilayah Jayapura telah dilanda hujan lebat sejak Sabtu lalu. Akibat dari itu, banjir besar mula melanda kawasan sekitarnya.

Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, didapati sembilan buah rumah dan dua jambatan telah rosak akibat banjir. Namun pasukan pencari dan penyelamat masih belum mampu untuk sampai ke sesetengah kawasan yang terjejas itu

“Ketika ini, air mulai surut. Walau bagaimanapun ia tetap meninggalkan kesan lumpur, balak dan bahan lain yang dibawa oleh banjir kilat tersebut” Jelas Nugroho.

Tambahnya lagi, lebih 120 orang penduduk telah mendapatkan tempat perlindungan di pejabat kerajaan selepas rumah mereka dilanda banjir.

Malah pihak berkuasa yang dibantu oleh pasukan ‘Palang Merah’ dan para sukarelawan sedang menggalakan usaha untuk membantu mangsa yang berada di situ.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=BqLy7kbJzfI]

Sumber : Reuters.com , Kompas TV

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.