Siakap Keli

“I am a proud Muslim,” Ucapan Ketua Polis New Zealand Dimulai Dengan Doa Undang Sebak Dan Dapat Pujian Sedunia

Ketua polis Islam paling senior di New Zealand mengalirkan air mata ketika berucap dalam satu perhimpunan selepas serangan pengganas di Christchurch yang mengorbankan puluhan mangsa.

Beliau mengucapkan Alhamdulilah berulang kali sebelum menyampaikan mesej ringkas itu di hadapan beberapa komuniti yang hadir.

Naila Hassan jelas beremosi dalam memberitahu bahawa, “Saya bangga menjadi seorang Muslim. Saya mengetuai pimpinan polis di New Zealand dan sangat-sangat terkejut dengan peristiwa yang telah berlaku.”

“Saya tahu ini adalah saat yang paling menyedihkan bagi komuniti Islam khususnya, dan semua orang.”

“Kami ingin menegaskan bahawa kami akan lakukan sedaya-upaya kami untuk memastikan mangsa yang telah diserang dengan dahsyat itu diangkat dengan penuh rasa hormat.”

“Saya mahu komuniti Islam khususnya dan orang-orang di Christchurch tahu bahawa kami akan berdiri bersama anda serta berkongsi kesedihan dan kesakitan yang anda alami.”

“Kami, Polis New Zealand akan melakukan segala yang termampu untuk menyokong komuniti, terutama masyarakat Islam.”

Ucapan itu walau bagaimanapun turut memberi kesan semua orang di sosial media yang rata-rata memuji kredibiliti Naila dalam memastikan negara itu dilindungi.

Sumber: Auckland City District Police

Nur Farra