Bangunan-bangunan gah dunia yang tersenarai dalam UNESCO memberi simbolik kehormatan kepada negara New Zealand selepas serangan tembakan rambang yang mengorbankan puluhan nyawa di dua buah masjid.
Bangunan bersejarah seperti Sydney Opera House antara yang terlibat dengan menyalakan lampu berwarna perak sebagai tanda hormat dan turut bersedih diatas apa yang terjadi.
With display of Silver Fern, Sydney Opera House shows respect and support to New Zealand after terror attacks on mosques. https://t.co/WHS71eSCrn pic.twitter.com/2MHVRsGm4I
— Jim Roberts (@nycjim) March 16, 2019
Sydney Opera House tonight. Pray for New Zealand 🇳🇿 pic.twitter.com/j3XGobJla1
— ɢᴇᴏʀɢᴇ ᴅɪɴᴋʜᴀ ܓܝܘܪܓܝܣ ܕܢܚܐ (@GeorgeDinkha) March 16, 2019
Perdana Menteri New South Wales Gladys Berejiklian berkongsi gambar melalui status Twitter miliknya dan berkata, “Demi perpaduan, dengan seluruh cinta kita.”
Simbol ‘The Fern of New Zealand’ pada Sydney Opera House akan dipaparkan selama tempoh berkabung sebagai tanda perpaduan, sokongan dan penghormatan bagi rakyat New Zealand.
“Doa kami sentiasa mengiringi semua yang terlibat dalam serangan terbabit.”
“Seolah-olah ia berlaku di tanah kita sendiri,” tambahnya.
Selain Sydney Opera House, Menara Eiffel Paris turut bergelap sebagai ingatan kepada mangsa yang terkorban.
🇬🇧 To pay tribute to the #Christchurch victims in New Zealand 🇳🇿, I will turn off my lights earlier tonight, before midnight. #EiffelTower
📷 Jean-Baptiste Gurliat pic.twitter.com/wNK99ANhHI
— La tour Eiffel (@LaTourEiffel) March 15, 2019
Bangunan Empire State turut berduka selepas memadamkan semua lampu di jalanan petang semalam untuk menyatakan rasa simpati kepada seluruh masyarakat Islam.
Satu mesej rasmi menerusi Twitter Empire State memberitahu, “Lampu menara kami akan kekal gelap petang ini bagi memberi sokongan serta rasa sedih kepada mangsa-mangsa serangan di Christchurch, New Zealand.”
Empire State Building dark tonight. 💙❤️ #newzealand #nyc pic.twitter.com/o3FchneHEI
— Marc Markley (@MarcMarkley) March 16, 2019
ON FRIDAY, MARCH 15, 2019, THE EMPIRE STATE BUILDING WILL BE LIT IN DARKNESS IN SYMPATHY FOR THE VICTIMS OF THE ATTACK IN NEW ZEALAND #NewZealandShooting #NewZealandMosqueShooting #Islamophobia #abc7NY #ABC #AFP #NewYork #empirestatebuilding #Manhattan #Christchruch #Islamophobia pic.twitter.com/dZqtsxWsAk
— Fab (@_Frusa) March 16, 2019
Selain bangunan-bangunan bersejarah, Presiden Yahudi New Zealand Stephen Goodman memberitahu media, “Tiada kata dapat diucap untuk menggambarkan betapa sakit dan hancurnya hati kami menyaksikan serangan yang berlaku di masjid Christchurch hari itu.”
Bangsa Kristian, Yahudi dan agama lain dilihat berdiri di kawasan luar masjid sebagai melindungi sesama sendiri ketika Muslim di sana sedang berdoa.
“Kamu kawan saya, saya akan berjaga semasa kamu berdoa,” kata salah seorang lelaki Kristian yang berjaga sementara penduduk Islam sedang berdoa.
Sumber: Metro UK