Siakap Keli
Twitter

Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa- PM New Zealand

Portal berita Ilmfeed melaporkan bahawa Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menanggung semua kos pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch.

Jacinda dalam pertemuan dengan keluarga 49 mangsa yang terkorban juga dilaporkan berjanji bahawa kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada waris termasuk dari segi kewangan walaupun sebahagian mangsa berstatus imigran.

”Kami berjanji untuk memberi fokus kepada keperluan keluarga mangsa untuk hari-hari mendatang.

”Kebanyakkan mangsa-mangsa yang terkorban merupakan tulang belakang keluarga dan individu utama yang keluar mencari rezeki. 

”Ramai daripada mereka mempunyai tanggungan seperti anak dan isteri. Saya memberi jaminan melalui sistem yang diamalkan di negara ini, melalui ACC, terdapat kaedah yang boleh diguna untuk menghulurkan bantuan.

”Manakala bantuan tersebut akan diberikan tanpa mengira status mereka, sama ada warga imigran atau sebaliknya. Bantuan ini termasuklah kos pengebumian, serta sokongan kewangan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan sumber pendapatan utama,” kata Jacinda.

Manakala porta berita New York Times pula melaporkan sistem bayaran pampasan yang ada di New Zealand akan diguna pakai oleh kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang kehilangan tulang belakang keluarga.

Sumber: Ilmfeed, New York Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.