Siakap Keli
Gambar Kredit: The Guardian

Kotak Hitam Pesawat Ethiopian Dedah Detik Cemas Suara Panik Juruterbang 3 Minit Selepas Berlepas

Penyiasat kemalangan udara telah mula menganalisis perakam data kotak hitam dari pesawat Ethiopian Airlines 302.  Perakam kotak hitam, yang tiba di Paris menunjukkan beberapa kerosakan luaran dan sedang diteliti oleh pakar penerbangan Perancis atas permintaan Syarikat Penerbangan Ethiopia.

Penyiasat berpendapat kemalangan yang berlaku terdapat banyak persamaan yang jelas dengan insiden Lion Air yang berlaku Oktober lalu.

Kapten penerbangan Ethiopia 302, Yared Getachew, melaporkan masalah dari segi kawalan penerbangan dengan suara yang tenang, sebelum kemudian meminta untuk kembali dalam nada panik tiga minit selepas berlepas, menurut New York Times.

Di Ethiopia , para pegawai telah mula mengambil sampel DNA dari keluarga mangsa untuk membantu mengenal pasti jenazah. Seramai 157 orang yang terkorban datang dari 35 negara, termasuk sembilan dari UK.

Saudara-mara masih menunggu berita apabila identifikasi jenazah akan bermula, dan penghantaran balik.

Salah seorang ahli keluarga mangsa memberitahu, “Kami tidak diberitahu apa yang mereka temui setakat ini. Kami dibawa ke tapak kemalangan pada hari Rabu tetapi tidak dibenarkan melihat lebih dekat.”

Sumber: The Guardian

Nur Farra