Siakap Keli
Gambar Kredit: Matthew McKew

Kumpulan Jenazah Pertama Diserah Mulai Malam Ini

Ketua Koroner New Zealand Deborah Marshall memberitahu kesukaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti mayat mangsa serangan keganasan hari Jumaat lalu.

“Tidak ada yang lebih buruk daripada memberi jenazah yang salah kepada keluarga yang salah,” kata Marshall. “Ini tidak akan berlaku di sini.”

Bercakap pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Wally Haumaha, pada hari Ahad, Marshall mengesahkan bahawa proses pengecaman rasmi kini bermula.

“Proses ini melibatkan imbasan CT, cap jari, harta dan pakaian, rekod pergigian serta pemeriksaan post-mortem,” kata Marshall.

“Malam ini kumpulan jenazah pertama akan diserahkan kepada ahli keluarga dan dijangka selesai secara berperingkat pada Rabu.

Sumber: CNN

Nur Farra