Siakap Keli
Gambar: Aiman Psikologis

“Nak Makan Mana?”, Rakyat Malaysia Sering Hadapi ‘Paradox of Choices’, Tanda Kelumpuhan Minda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nak makan mana? Soalan yang simple tapi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut amat sukar bukan? Rakyat Malaysia pada masa kini sering menghadapi “paradox of choices” dimana ianya merupakan satu keadaan apabila seseorang individu tidak dapat membuat sebarang keputusan disebabkan oleh terlalu banyak pilihan yang ditawarkan kepadanya. Dalam bidang psikologi situasi ini diistilahkan sebagai “Paradox Of Choices”. Dimana individu perlu memilih pilihan yang terlalu banyak sehingga akhirnya beliau langsung tidak dapat membuat keputusan.

Gambar: Trendsmap

Dalam kehidupan moden hari ini, kita cenderung untuk berfikir bahawa lebih banyak pilihan adalah lebih bagus tetapi masalah ini mungkin  membawa kepada pilihan yang berlebihan. Hasilnya, melumpuhkan seseorang individu membuat keputusan dengan memilih keputusan yang tidak memberikan kepuasan kepada diri bahkan lagi parah apabila individu tersebut tidak membuat apa-apa sebarang keputusan.

Ahli psikologi ini mungkin dapat terangkan kenapa sukar untuk anda buat keputusan terhadap sesuatu perkara termasuklah bagi persoalan “Nak makan mana?”.

3 konsep mudah tentang “Paradox of Choices”

  1. Kelumpuhan minda (mind paralysis)
  2. Pilihan yang banyak membawa kepada keputusan yang lemah
  3. Pilihan yang banyak membawa kepada ketidakpuashatian minda

Sumber: @AimanPsikologis

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"