Siakap Keli

Tragedi Christchurch: ‘Bawang Army’ Serbu Laman Sosial ‘Eggboy’ Untuk Ucap Tahniah Dengan Keberaniannya

Gara-gara tindakkannya memecahkan telur di atas kepala seorang senator daripada Australia kerana mengeluarkan kenyataan provokasi berhubung tragedi berdarah di Christchurch, laman facebook milik Eggboy atau Will Connolly ‘diserang’ oleh tentera bawang Malaysia.

Begitupun, ‘serangan’ di ruang komen itu hanyalah sekadar untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongannya terhadap mangsa-mangsa serangan keganasan tersebut.

Terdahulu, video dimana Willy yang berusia 17 tahun memecahkan telur di atas kepala Senator Fraser Anning ketika beliau sedang ditemu-ramah telah menjadi tular di seluruh dunia.

Tidak cukup diangkat sebagai Eggboy, tindakkan keberaniaan Eggboy menyatakan bantahan tersebut turut mengagumkan segelintir rakyat Malaysia.

”Hey bro, tindakkan yang bagus. Tahniah dan sanjungan dari kami di Malaysia,” kata Muhammad Afdal.

”Datanglah ke Malaysia, saya akan belanja kamu Roti John Telur,” kata Muhamad Aisy Luth Faisal pula.

”Tugas yang menakjubkan dari kamu Will Connolly, kamu adalah hero dunia. Dengan hati yang baik, kamu dihormati dunia. Kami doakan kejayaan kamu,” kata Azzy Azizah.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada akaun facebook berkenaan benar-benar milik Willy Connolly ataupun sebaliknya.

Tetapi apa pun rakyat Malaysia yang seringkali bersatu-padu di alam maya dalam menyatakan sokongan terhadap sesuatu perkara memang mengagumkan dan wajar dipuji.

Sumber: Willy Connolly

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.