Siakap Keli

Tragedi Christchurh: Jumlah Kematian Meningkat Kepada 50 Orang, Seorang Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal

Angka korban dalam serangan keganasan di dua buah surau di Christchurch meningkat kepada 50 orang, lapor CNN yang memetik kenyataan daripada jurucakap polis New Zealand.

Jasad mangsa ke-50 itu baru ditemui di dalam ruang solat Surau An-Noor, lokasi di mana kebanyakkan mangsa maut ditemui sebelum ini.

Menurut jurucakap polis lagi, nama-nama mangsa yang terkorban tidak didedahkan kepada media. Bagaimanapun katanya, nama-nama mangsa yang terlibat sudahpun dimaklumkan kepada keluarga-keluarga terdekat, namun jasad mangsa belum dipulangkan.

Pihak polis juga memaklumkan bahawa jumlah mangsa yang cedera juga meningkat kepada 50 orang. Dariapda jumlah tersebut, sebanyak 34 orang masih lagi dirawat di Hospital Christchurch manakala 12 orang lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Salah seorang mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang baru dipindahkan ke Hospital Starship di Auckland juga turut berada dalam keadaan kritikal ketika ini.

Dua hari selepas kejadian, hanya seorang tertuduh iaitu individu yang melakukan tembakan dan bersiaran langsung ketika kejadian, Brenton Harris Tarrant, 28, yang didakwa di mahkamah.

Manakala tiga orang lagi yang turut ditahan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan serangan. Bagaimanapun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan tidak mahu menolak sebarang kemungkinan sehingga siasatan berjaya dilengkapkan.

Sumber: CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di