Siakap Keli
Gambar : Facebook

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Kuala Kangsar : Seorang wanita warga emas maut setelah dihempap sebatang pokok Hujan-Hujan yang tumbang di Kampung Lembah Masjid berdekatan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini, pagi ini.

Semasa kejadian, mangsa Norizan Am, 61, sedang menunggang basikal apabila pokok tersebut tiba-tiba tumbang menghempapnya selain turut mengakibatkan dua rumah serta sebuah kereta rosak.

Gambar : Facebook
Gambar : Facebook
Gambar : Facebook

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Taufiq Abdul Sattar berkata sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 11.56 pagi.

“Ketika sampai, kami mendapati mangsa yang dihempap pokok sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

”Anggota bomba, kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bertindak memotong pokok tersebut untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Taufiq mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.