Siakap Keli

“Badan Ayah Jadi ‘Perisai’ ” Anak 2 Tahun Ini Terselamat Dari Peluru Dilindungi Bapanya

Seorang lelaki, Zulfirman Syah Alta telah menyelamatkan nyawa anaknya yang berusia 2 tahun semasa serangan rambang di Masjid Linwood  Jumaat lalu.

Zulfirman Syah berada di sana bersama anaknya, Averroes untuk menunaikan solat jumaat semasa kejadian sadis itu terjadi. Beliau cuba menelefon isterinya (Marie) yang berada di rumah untuk memaklumkan tentang insiden tersebut.

Marie telah memuat naik status di laman Facebook tentang tindakan berani suaminya itu.

Gambar : Alta Marie

“Suami saya Zulfirman Syah dan anak kami selamat, tapi tercedera. Kedua serangan itu terjadi pusat Islam di Christchurch, New Zealand (Tempat kami baru berpindah 2 bulan lalu).”

“Suami saya, Jul ditembak di beberapa bahagian tubuhnya dan mempunyai lubang di paru-parunya (itu apa yang saya dengar) sebab saya masih belum berjumpa dengannya lagi selepas pembedahan.”

“Saya sudah bertemu dengan anak kami yang terkena tembakan di bahagian kaki dan belakang badannya. Dia mengalami trauma tapi kami semua masih hidup. Terima kasih untuk doa dan keprihatinan kamu semua.”

Marie kembali memuat naik hantaran di Facebooknya dengan berkata :

Gambar : Alta Marie

“Suami saya melindungi anak kami dengan badannya semasa serangan di Linwood Islamic Center, yang menyebabkan dia tercedera kerana terkena banyak peluru dan kecederaannya jauh lebih kompleks daripada anak kami.

“Averroes (anak kami) mengalami kecederaan ringan dan sudah menjalani pembedahan pada pagi ini untuk mengeluarkan serpihan peluru. Dia kembali ceria dan pulih. Malah kakitangan di wad kanak-kanak pun turut terhibur dengan keletah dan sikap ramah Averroes.”

Diakhir postnya, Marie turut menyatakan perasan syukurnya kerana suami dan anaknya masih hidup. Beliau turut berterima kasih kepada pihak media dan semua yang sentiasa memberi kata semangat kepadanya.

Sumber : Unilad.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.