Siakap Keli
Practical Parenting

”Dia Menconteng Arang Pada Muka Kami”, Keluarga Penyerang Christchurch Mahu Dia Dikenakan Hukuman Mati

Sepupu kepada Brenton Tarrant, 28, pengganas yang melakukan serangan berdarah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand menganggap penyerang itu sudah tidak betul dan mahukan dia dihukum mati atas jenayah tersebut.

Donna Cox yang menetap di New South Wales berkata, kini mereka merasa sangat ‘menyakitkan’ untuk dikenali sebagai saudara-mara kepada pembunuh yang menyebabkan kematian 50 orang manusia yang tidak bersalah, Jumaat lepas.

Tarrant ketika dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal dan sempat membuat isyarat tangan yang tidak sepatutnya.

Ujar Donna lagi, tindakkan Tarrant membuktikan bahawa lelaki tersebut tidak pernah memikirkan nasib yang perlu dilalui oleh ibunya selepas kejadian tersebut.

Donna Cox

”Apalah yang difikirkannya. Keluarganya dihormati disini. Ayah dan ibunya dipandang tinggi dalam masyarakat.

”Saya yakin, mereka tidak pernah membesarkannya untuk menjadi seorang pembunuh. Jika saya diberi peluang untuk berjumpa dengan Tarrant, saya mahu tahu kenapa dia sanggup membunuh,” kata Donna.

Ibu Tarrant merupakan seorang guru dan ketika dimaklumkan insiden berkenaan, dia sedang mengajar di sebuah sekolah.

Sebaik sahaja mendapat tahu insiden tersebut, ibu Tarrant dan kakanya, Laurent segera dipindahkan ke satu lokasi rahsia dan dikawal ketat polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Manakala bapanya sudah lama meninggal dunia.

”Saya tahu, biarpun ia menyakitkan kerana kami adalah keluarganya, tetapi dia layak dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.

”Kami semua merasa keliru, kecewa dan marah dengan tindakkannya. Keluarga kami buntu, kami tidak tahu nak buat apa.

Nenek dan Pak Cik Tarrant

”Kami sangat membencinya ketika ini. Jika saya melihatnya, pasti saya akan menumbuk mukanya dengan sekuat hati. Dia tidak dibesarkan untuk menjadi rasis, tiada sesiapa pun yang paksa dia jadi begini.

”Ibu dan ayahnya adalah orang baik-baik,” kata Donna lagi.

Menurut Donna, Tarrant sudah menunjukkan obses terhadap senjata api dan permainan video yang mempunyai aspek keganasan sejak kecil lagi.

Ahli keluarga Tarrant yang lain termasuk nenek dan pak ciknya turut mengecam tindakan tersebut dan mahukan dia dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.