Siakap Keli

Ini Adalah Barang Yang Tidak Perlu Di Simpan Di Dalam Peti – Dr Zubaidi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalunya peti sejuk ni digunakan untuk menyimpan barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama. Tapi kadang-kadanag tu, bila kita buka je fridge tu, ya ampun! Penuh sampai dah tidak ada ruang nak masukkan barang.

Gambar Hiasan

Dari bahan basah sampailah ke gula-gula anak kita semua ada dalam tu. Ya, memang niat kita nak makanan tu semua tahan lama tapi tahu tak yang ada sesetangah makanan yang anda tak perlu letak pun dalam peti ais?

Haa, kalau anda still letak jugak dalam fridge, kualiti makanan tu akan terjejas. Let’s get to list barang apa yang tak perlu anda simpan di peti sejuk.

1. Bawang

Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

Gambar Hiasan

2. Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.

3. Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar petisejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti

Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.

5. Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Gambar Hiasan

6. Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam petisejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

Gambar Hiasan

10. Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Rujukan : News Australia

Sumber : Dr Zubaidi Hj. Ahmad 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.