Siakap Keli
Gambar : Tangkapan skrin - Exclusive 9News

”Kami Memohon Maaf,” Keluarga Penyerang Masjid Minta Maaf Dan Sedih Dengan Tindakan Tarrant

”Kami mohon maaf,” begitulah ungkapan yang keluar daripada mulut keluarga pengganas dari Australia, Brenton Tarrant yang telah membunuh 50 nyawa jumaat lalu.

Ahi keluarga Tarrant meluahkan rasa sedih mereka terhadap mangsa pembunuhan Christchurch berkenaan dan menganggap keganasan yang dilakukan oleh Tarrant tidak boleh membaiki apa-apa.

Nenek Tarrant, Marie Fitzgerald, 81, memberitahu Nine News di Grafton, Australia bahawa dia pernah mengasuh cucunya Tarrant yang kini berusia 28 tahun bersama kakaknya ketika mereka masih kecil.

Beliau menyifatkan Tarrant sebagai budak biasa yang gemar menghabiskan masanya dengan bermain komputer.

Tetapi serangan yang dilancarkannya pada jumaat lalu telah menunjukkan Tarrant berubah sepenuhnya dari seorang kanak-kanak mereka yang kenali dan mengejutkan semua ahli keluarga.

Bapa saudara pengganas tersebut, Terry Fitzgerald berkata, selepas apa yang berlaku dia tidak dapat memikirkan orang lain selain mangsa-mangsa serangan tersebut.

”Kami memohon maaf kepada semua keluarga mangsa di sana yang telah terkorban dan mengalami kecederaan,” katanya.

Nenek dan Pak Cik Tarrant

Pada masa sama, Perdana Menteri Australia, Scot Morrison berkata, beliau tidak mempunyai niat untuk membaca ‘manifesto’ yang disebarkan secara meluas di media sosial dengan menggelarnya sebagai seorang yang ‘lemah.’

Beliau dan ketua pembangkang, Bill Shorten, menyeru pengendali media sosial seperti Facebook untuk bertindak tegas terhadap kandungan keganasan dan kebencian selepas siaran langsung serangan itu menjadi tular di seluruh dunia.

Sumber : Brisbane Times

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.