Siakap Keli

Hidung Lelaki Ini Cedera Digigit Hanya Kerana Tegur Wanita Tak Pakai Kasut Ke Tandas

Semalam tular satu video mengenai pergaduhan di antara penumpang di dalam sebuah kapal terbang Ryanair  dari Glasgow, Scotland ke Tenerife.

Keadaan dalam pesawat yang berlepas pada jam 6.10 pagi itu menjadi kelam kabut akibat kejadian tersebut.

Video berkenaan menunjukkan penumpang yang menjerit apabila seorang lelaki yang hidungnya berdarah berjalan melalui laluan tengah di antara kerusi.

Gambar : Metro.co.uk

Dikatakan insiden itu terjadi apabila seorang lelaki dalam keadaan mabuk telah menegur wanita yang tidak memakai kasut semasa berjalan ke tandas.

Lantas teman lelaki wanita itu pun cuba untuk mempertahankan wanita berkenaan. Dalam masa yang sama, si jejaka mahu menenangkan lelaki yang di dalam pengaruh alkohol tersebut.

Namun, lelaki berkenaan bertindak menyerang teman lelaki wanita itu dengan menumbuk dan mencengkam kolar bajunya.

Serangan tidak berakhir disitu, beliau mula bertindak ganas dengan menggigit hidung si teman lelaki wanita tersebut.

Gambar : Metro.co.uk

Dalam video, jelas didengari perkataan “hentikan” dan salah seorang penumpang menjerit “Kenapa semua hanya melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa?”

Mereka berdua dilihat bergelut selama lebih 20 saat sebelum pramugari dan beberapa orang penumpang membantu meleraikan mereka.

Menurut juru cakap Ryanair :

“Krew penerbangan telah meminta pihak polis untuk mengambil alih kes ini. Pesawat tersebut telah mendarat dengan selamat.”

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku yang menyalahi peraturan atau mengganggu keselamatan dan keselesaan pelanggan. Krew, penumpang dan pesawat adalah keutamaan nombor satu kami. “

Sumber : Metro.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.