Siakap Keli

”Seperti Yang Mak Impikan,’Pergi’ Selepas Mandi Dan Selesai Solat”, Ibu Ustaz Abdul Somad Meninggal Dunia

Ibu kepada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad yang dikenali sebagai Rohana dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Pemergian ibu Ustaz Abdul Somad tiu telah dikongsikan di Instagram milik Ustaz sendiri.

Menurut laporan portal berita seberang, Tribun News Ustaz Abdul Somad turut berkongsi detik-detik sebelum arwah ibunya menghembuskan nafas kali terakhir.

Ustaz Abdul Somad berkata, ibunya pergi mengadap Tuhan dalam keadaan yang dingininya iaitu selepas mandi, membersihkan diri, mengambil wudhuk dan menunaikan solat.

Ujar beliau lagi, seperti biasa ibunya sempat membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat tahajud dan berwitir.

Kemudian ibunya sempat bersahur untuk menunaikan puasa sunat hari Isnin. Sesudah itu, beliau sempat membuka laman Youtube untuk menonton beberapa video ceramah milik Ustaz Abdul Somad.

Allahyarhamah kemudian mandi sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh sebelum mengadu sakit kepala. Bagaimanapun, sesudah sahaja selesai menunaikan solat subuh, arwah ibunya jatuh pengsan dan segera dikejarkan ke hospital RS Sansani Pekanbaru.

Arwah menghembuskan nafas di hospital. Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Sumatera Utara untuk dikebumikan.

Kata Ustaz Abdul Somad, pemergiaan arwah adalah seperti yang diharapkan oleh ibunya sendiri iaitu tidak menanggung kesakitan terlalu lama selain dalam keadaan bersih dan selepas menunaikan solat.

Ibunya meninggal dunia pada usia 71 tahun. Salam takziah buat keluarga Ustaz Abdul Somad, semoga arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

https://www.instagram.com/p/BvI-SathFVX/

Sumber: Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.