Siakap Keli

Suspek Pembunuhan Masjid Chrischurch Brenton Tarrant Pecat Peguamnya, Mahu Wakili Dirinya Sendiri

Brenton Tarrant yang merupakan suspek pembunuhan dua buah masjid di New Zealand yang telah mengorbankan 50 nyawa sekaligus menggemparkan media dunia dikatakan telah memecat peguamnya sendiri.

Tarrant didakwa mahu mempertahankan dirinya sendiri dan enggan untuk bekerjasama dengan peguam yang telah dilantik oleh mahkamah itu.

“Dia tidak kelihatan seperti menghidapi sebarang masalah ataupun gangguan mental. Beliau hanya mempunyai pandangan  ekstrem yang melampau terhadap sesuatu perkara”

“Beliau juga sentiasa bersikap tenang ketika berhadapan dengan hakim dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun menafikan tuduhan”.

“Malah Tarrant juga tidak mohon untuk diikat jamin mahupun merayu supaya tuduhan ke atasnya ditarik balik.”

“Beliau tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas perbuatannya.” Richard Peters merupakan peguam yang dilantik oleh mahkamah memberitahu media tempatan mengenai perkara tersebut.

Gambar : Alton Telegraph

Peter berpendapat bahawa pemecatannya itu mungkin merupakan petanda awal untuk Tarrant ‘mempromosikan’ pandangan ekstremnya kepada dunia.

Hal ini berikutan tindakan Tarrant yang cuba mencari publisiti yang dimulai dengan menghantar manifesto panjang ke pejabat Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern 10 minit sebelum menembak orang ramai di dalam Masjid Al Noor.

Dia kemudiannya merakam aksi tersebut secara langsung (live) menggunakan aplikasi Facebook. Walaupun video asal telah lama dihapuskan namun pihak berkuasa masih berusaha keras untuk memadam salinan (copy) video berkenaan.

Dilaporkan lebih 1.5 juta buah video telah dipadam oleh pihak Facebook dalam tempoh 24 jam.

Sumber : Eurasiareview.com

fildza Zainal

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di