Siakap Keli

”Tindakkan ‘Raksasa’ Serang Rumah Ibadah”, Kumpulan Samseng Paling Ganas NZ Turut Selar Serangan Christchurch

Kumpulan motosikal dan ‘samseng’ yang dianggap paling ganas di New Zealand, Mongrel Mob, turut menyelar tindakkan keganasan yang dilakukan terhadap komuniti Islam terutamanya di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Jurucakap kepada kumpulan berkenaan yang turut hadir ke majlis memperingati tragedi, Tanielu Fatu berkata, kejadian berkenaan menyebabkan semua penduduk New Zealand berada dalam kesedihan.

”Saudara Muslim kami dalam komuniti ini tidak layak dilayan dengan keganasan sedemikian rupa.

”Serangan militan menunjukkan penyerang adalah ‘raksasa’ yang langsung tidak mempunyai rasa hormat kepada rumah ibadah dan kepada mangsa yang kehilangan nyawa dalam keadaan sedemikian rupa,” katanya.

Media antarabangsa turut melaporkan bahawa sebahagian daripada anggota kumpulan tersebut yang ditahan di penjara sedia untuk ‘memerhatikan’ Branton Tarrant ketika dipenjarakan nanti.

Pihak polis mengambil berat kenyataan tersebut dan dijangka akan meletakkan Tarrant dalam sel berasingan dengan kawalan ketat.

Wakil kumpulan samseng terancang itu menyertai perhimpuan aman yang dihadiri oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden bersama-sama penduduk New Zealand yang lain.

”Ini bukanlah New Zealand yang mereka harapkan,” katanya yang merujuk kepada keluarga imigran dihadapan orang ramai.

Sumber: Dailymail, Dailystar

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.