Siakap Keli

“Aku Bukan Buat Apa, Ajar Budak Mengaji Free Ja,” Anak Kena Cakar, Individu Guna Tanah Hantar Sihir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memetik semula ayat dari surah Al-Naml ayat 65 oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah!”

Itu menunjukkan ilmu manusia tentang sesuatu adalah sedikit dan banyak lagi perkara yang mereka tidak ketahui. Lebih-lebih lagi apabila bercakap tentang ilmu ghaib.

Sesuatu yang tidak mampu terlihat oleh mata kasar kerana hijab yang tidak mampu disingkap. Namun sebagai umat Islam, kita perlu percaya adanya perkara itu.

Perlakuan itu boleh dijayakan dengan beberapa bahan mahupun perantaraan mengikut keperluan si penghantar. Malah Mufti menambah bahawa Ulama bersepakat bahawa mempelajari sihir, mengajar serta mempraktikkannya adalah haram.

Satu kisah yang telah dimuatnaik di laman Facebook semalam wajar diambik ikhtibar daripadanya supaya kita sentiasa berhati-hati.

Gambar Kredit: Abamjiwa Alhadi

Hantaran tersebut dikarang oleh Abamjiwa Alhadi telah mendapat lebih dari 1,800 perkongsian dari netizen. Rata-rata netizen turun menyebut (mention) ahli keluarga mahupun sahabat mereka untuk memberi peringatan.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi di ruangan komen menceritakan kisah mereka tentang perkara berkenaan. Abamjiwa telah menulis di dalam statusnya :

Jenuh Aku Pikiaq Nak Share Ka Dak, Tapi Sebab Nak Beri Peringatan Aku Share La Jugak.

Dengan izin yang sebaik baik Pemberi Petunjuk, aku jumpa benda ni lepas subuh tadi. Ada org kirim kot pokok bunga belakang.

Patut la lately anak dara aku ngadu macam2. Nampak kelibat, nampak bayang sampai takut nak keluar bilik, kena tarik rambut, kena cakar sampai berbekas kat leher.

Aku sendiri sejak balik indo susah nak tido malam. Jiwa tak tenteram, kerja tak jalan, kepala berdenyut2 otak berserabut. Semalam sampai 4 pagi dok menggelisah tak boleh lena.

Gambar Hiasan

Pasang Aircond Pun Berasa Bahang Sampai Banjir Peluh, Belakang Rumah Bunyi Macam-Macam.

5 hari lepas masa dok masak kat dapur yg mengadap keluar betul2 kat tempat yg aku korek benda ni, sekilas pandang aku nampak benda berupa mcm ni jugak dok jenguk aku masak dari tingkap.

Kemuncaknya awal pagi tadi jugak aku pi dapur nampak kesan tanah berselerak kat lantai. Cari punya cari Tuhan bg ilham -ruqyah, garam kasar, lada hitam.

Dalam dia ada tanah, duri pokok apa ntah 3 batang dan sejenis tulisan yang aku tak paham sbb dah blur teruk.

Takdan nak snap terus aku tawarkan dgn kaedah yg betul dan buang kat hutan belakang.

Mungkin Ada Salah Aku Pada Orang Yang Aku Tak Sedar, Tapi Game Lagu Ni Langsung Tak Gentleman.

Aku bukan buat apa pun kat sini, ajar budak mengaji free ja. Benda ni aku tak hantar balik.

Gambar Hiasan

Bukan Kerja Aku Nak Hukum Orang, Asalkan Anak Bini Aku Dalam Lindungan Pun Dah Cukup Rahmat.

Beringat la nuh.

Permainan ni masih wujud dan ia syirik grade A. Aku serah kat Allah.

Wallahua’lam. Dan hati aku berasa benda ni ada lagi seketoi tapi taktau dok mana.

Kena pi cari lagi. Kot nak join cari harta karun mai la rumah, bawak kfc satu bucket buat pengeras.

Rujukan :

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber : Abamjiwa Alhadi 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.