Siakap Keli
MarketWatch

Anda Hamil Tetapi Tetap Mahu Melancong? Ini 6 Tips Untuk Anda Sebagai Panduan

Bercuti sama ada dalam atau luar negara menjadi pilihan rakyat Malaysia, tidak kisahlah untuk berbelanja, mendapatkan rawatan (medical tourism), menghadiri majlis tertentu ataupun mahu menenangkan fikiran.

Tambah-tambah jika mempunyai cuti yang panjang dan wang yang banyak, makin jauh dan makin kerap la anda akan bercuti kan.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sekiranya anda sedang hamil dan tidak ingin melepaskan peluang melawat tempat orang.

1. Rancang waktu bercuti dengan baik

Menurut Travel Insurance Review, tempoh hamil dibahagi kepada tiga bahagian iaitu 1st trimester, 2nd trimester dan 3rd trimester.

Pada bahagian 1st trimester, wanita hamil kerap mengalami masalah muntah-muntah ataupun pening kerana masih di peringkat awal kehamilan.

Justeru mereka mencadangkan wanita hamil memilih untuk melancong ketika 2nd trimester dimana usia kandungan masih diperingkat pertengahan dan masih jauh daripada jangkaan kelahiran bayi.

2. Pilih lokasi percutian yang selamat dan ada kemudahan kesihatan

Selamat adalah perkara utama yang perlu diutamakan oleh setiap pelancong terutamanya buat wanita hamil.

Selain soal keselamatan, anda juga perlu memastikan kawasan yang ingin dilawati ada akses bekalan air bersih, tidak berlaku pencemaran udara tiada kes keracunan makanan dilaporkan berlaku.

Anda boleh mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor sebelum melancong ke sesuatu tempat.

3. Selalu bawa makanan berkhasiat

Wanita hami cepat merasa lapar kerana dalam proses ‘menghasilkan’ manusia baru. Justeru, bekalan makanan yang bersih, segar dan sihat selain air secukupnya amat diperlukan tidak kira sama ada anda mengembara menggunakan kenderaan, kereta api mahupun kapal terbang.

Makan atau minum air yang banyak juga bermakna anda akan kerap ke tandas. Jadi perkara berkenaan juga perlu diambil kira.

4. Banyak bergerak

Wanita hamil lebih mudah untuk membentuk darah beku. Jadi, lebih baik sekiranya mode pengangkutan yang dipilih ketika bercuti boleh memberi ruang untuk anda bergerak.

Anda boleh melakukan regangan di kawasan-kawasan yang sedikit lapang bagi melancarkan kembali aliran darah.

5. Kemaskini maklumat kesihatan

Wanita hamil dinasihatkan mempunyai medical portfolio dengan kemas kini terkini sebelum bercuti sama adaldalam ataupun ke luar negara.

Antara lain dalam medical portfolio itu anda boleh memasukkan maklumat peribadi seperti jenis darah ataupun alahan yang anda alami.

Sekiranya anda jatuh sakit sehingga tidak berdaya ataupun pengsan, maklumat-maklumat yang terkandung dalam medical portfolio boleh menjadi panduan berguna kepada orang yang menjaga anda kelak.

6. Bawa sekali kit peubatan

Wanita hamil perlu ada peneman dan membawa kit perubatan setiap kali keluar melancong. Selain perlu memastikan ubat-ubatan biasa sentiasa tersedia di dalam kit, anda juga boleh meletakkan ubat-uabatan lain yang dirasakan perlu seperti ubat tahan pening ataupun muntah untuk tujuan darurat nanti.

Sumber: Travel Insurance Review

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.