Siakap Keli
Gambar: PIPA

Burung Merpati Pecah Rekod Dunia, Dijual Dengan Harga RM 5.7 Juta

Seekor burung merpati yang digunakan untuk berlumba dikenali sebagai Armando telah dijual dengan harga yang hampir mencecah 1.5 juta dalam satu lelongan, 3 kali lebih mahal berbanding harga yang pernah dicatatkan dalam rekod dunia selepas dibida oleh 2 lelaki china yang meminati burung tersebut.

‘Tiada sesiapa pun yang menjangkakan perkara ini’, kata Jorge Ferrari dalam sebuah laman portal lelongan Pigeon Paradise (PIPA).

Armando juga turut dikenali sebagai ‘Lewis Hamilton’ versi burung merpati dikalangan pencinta sukan tersebut.

Laman lelongan PIPA itu juga turut menyatakan bahawa Armando merupakan burung merpati yang terbaik dalam perlumbaan jarak jauh.

Peminat perlumbaan burung merpati jarak jauh dari China yang membida burung tersebut telah membuatkan harga burung ini melambung tinggi, tambahan lagi jikalau baka burung itu berasal dari Belgium, pastinya harga burung itu akan menjadi lebih mahal.

Armando yang juga merupakan pemegang rekod dan juara perlumbaan jarak jauh bagi kategori burung merpati itu dimiliki oleh Joel Verschoot, ianya telah dijual kepada seorang pembeli yang tidak diketahui dari China dengan harga 1,252,000 euros (RM5.7 juta).

Di China, wang kemenangan yang ditawarkan didalam perlumbaan burung itu boleh mencecah sehingga 7 angka, bagi mereka memiliki burung yang berharga berjuta-juta itu merupakan suatu pelaburan yang bagus.

Sementara itu, 7 lagi baka yang berketurunan Armando juga turut terjual dengan harga seekor mencecah sehingga 21,500 euro (RM 99,438.30). Usia Armando yang baru mencecah 5 tahun itu merupakan salah satu faktor yang menjadikannya mahal kerana bakanya bakal menguntungkan si pemiliknya.

Sumber: Dailymail

Aqmal Ezany

I write what is right