Siakap Keli

Jalan Kaki Seminggu Sekali Bantu Mengurangkan Risiko Kematian

Penyelidikan yang diketuai oleh Bo Xi, profesor dari Jabatan Epidemiologi Universiti Shandong di Utara China yang mengumpul data seramai 88,140 orang dari Amerika Syarikat antara tahun 1997 hingga 2008, menunjukan bahawa kematian dapat dikurangkan dengan berjalan kaki sekali atau dua minggu sekali untuk mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, strok dan kanser.

Kajian yang dikeluarkan pada hari ini (19 Mac) di Paris turut dilaporkan di dalam Jurnal British Sport Medicine. Kajian ini dijelaskan lagi bahawa orang yang berjalan dalam 10 minit sehingga satu jam setiap minggu mempunyai risiko kematian yang rendah sebanyak 18% daripada apa juga sebab berbanding dengan mereka yang tidak melakukanya.

Jika mereka melakukan aktiviti fizikal sederhana selama dua setengah jam sehingga lima jam seminggu, mereka dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 31%. Dan mereka yang melakukan hampir 25 jam seminggu mampu mengurangkan hampir separuh dari risiko kematian.

“Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai masa lapang yang berlainan. Namun, sukan berbasikal dan jogging lebih bagus dari melakukan aktiviti intensif sederhana” kata mereka.

Data ini turut dipadankan dengan data kematian berdaftar pada tahun 2011.

Kumpulan pengkaji ini juga mengingatkan orang ramai bahawa kajian ini adalah sekadar pemerhatian yang bermaksud bahawa tidak ada kesimpulan yang tegas dapat dibuat. Hakikatnya, data yang diperolehi ini masih ada kelemahan dan berpotensi tetapi sebilangan besar dari kajian yang dilakukan ini adalah seimbang dan tepat.

Sumber: Channel News Asia

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia