Siakap Keli
Gambar Kredit: Tribunnews

Jenazah Dua Rakyat Malaysia Gempa Bumi Lombok Dibawa Pulang Esok

Jenazah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok semalam, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.10 petang esok.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam kenyataan, berkata mendiang Datin Tai Siew Kim dan mendiang Lim Sai Wah akandibawa pulang ke Malaysia denganmenggunakan penerbangan Garuda Indonesia, GA816.

Selain itu, 17 mangsa lain akan turut pulang ke tanahair esok dengan menaiki pesawat Air Asia dengan nombor penerbangan AK309terus dari Lombok dan dijangka tiba di KLIA2 pada jam 3.15 petang, katanya.

Bagaimanapun, empat lagi warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Rumah Sakit UmumDaerah – (RSUD) Mataram.

Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Malaysia di Lomboksedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagimemastikan kelancaran urusan membawa pulang jenazah sertawarganegara Malaysia yang terjejas.

— BERNAMA

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di