Siakap Keli
Gambar Kredit: Tucson Sentinel

Prihatin Mahasiswa Terpaksa Puasa Sebab Tak Cukup Duit, Menteri Bakal Laksana ‘Foodbank’ Di Universiti Awam

Susulan laporan media melibatkan mahasiswa daripada keluarga susah terpaksa mengikat perut sehingga perlu berpuasa kerana tiada wang untuk makan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin menerusi laporan yang dipetik Bernama memberitahu bahawa program Foodbank akan dilaksanakan.

Tambah beliau lagi, program tersebut dibuat tidak hanya secara one-off atau sementara tetapi akan dijalankan secara berterusan.

“(Laporan) Ini menarik tumpuan kita untuk mengembangkan Foodbank untuk sampai ke kampus dan kita akan teruskannya,” katanya.

Menurut Saifuddin, program tersebut sudah menerima kelengkapan daripada segi logistik, penaja, dan sukarelawan.

Nur Farra