Siakap Keli

Ratusan Terperangkap, 60 Orang Lagi Terbunuh Akibat Ribut Salji Dan Banjir Afghanistan

Barat Afghanistan dilanda banjir kilat serta ribut salji yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang sejak minggu lalu.

Bernama melaporkan seramai 400 penduduk di wilayah tengah Bamiyan terperangkap dalam ribut salji, namun berjaya diselamatkan.

“Mereka yang diselamatkan dipindahkan ke pusat daerah Yakawlang, barat kota Bamiyan,” jelas Pejabat Negeri Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan Kemanusiaan dalam satu kenyataan.

Mangsa yang terbunuh itu dilaporkan di kawasan Zinda Jan, daerah Robat Sangi dan pinggir bandar Herat.

Selain itu, ribuan ekar tanah pertanian dan ratusan rumah turut mengalami kerosakan.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.