Siakap Keli

Sudah Ada Lebih 1 Juta Tandatangan Desak Parlimen Australia Buang Senator Anning

Masihkah anda ingat dengan kisah Eggboy dan Senator Fraser Anning, Ahli Parlimen Australia yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu?

Lantaran mulutnya yang celupar apabila menyalahkan umat Islam atas insiden yang berlaku di New Zealand, seorang remaja berusia 17 tahun telah bertindak memecahkan telur di atas kepalanya sebelum menyebarkan rakaman kejadian tersebut di media sosial.

Remaja berkenaan bertindak demikian kerana merasa kecewa dengan keyataan yang dibuat Anning dan mahukan ia menjadi pengajaran kepada semua.

Tindakkan berkenaan malah mendapat pujian daripada seluruh dunia termasuklah ribuan netizen Malaysia yang mengerumuni facebook miliknya untuk mengucapkan tahniah di atas keberaniannya.

Selain itu, sebenarnya ada satu petisyen yang dibuat secara atas talian untuk menyatakan sokongan supaya Anning dibuang daripada Parlimen Australia.

Jumlah orang ramai yang sudahpun menandatangani petisyen atas talian ini setakat pukul 5.55 petang (19 Mac) adalah sebanyak 1,333,470 tandatangan.

Antara lain petisyen tersebut turut mendesak Anning dikenakan tindakan kerana kenyataan yang dibuat tersebut berbentuk provokasi dan menyebarkan kebencian.

Menariknya, melalui perkongsian dibuat Twitter The Spectator Index, Anning hanya mendapat 19 undian sahaja ketika dilantik menjadi senator.

Tetapi hari ini, jumlah mereka yang mahukan Anning dipecat beribu-ribu kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang mahukannya menjadi senator sebelum ini.

Sumber: Change.org, The Spectator Index

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di