Siakap Keli

“Tak Minta Banyak, Doakan Mereka Dapat Lari 100M Je” Nampak Comel Tapi Guru Dedah Kisah Sayu Disebalik Anak Pendidikan Khas Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Minggu lalu tular di Twitter, Instagram dan Facebook tentang video seorang kanak-kanak comel bertudung sekolah biru bermain gelung getang (hula-hoop).

Tambah menghiburkan apabila video tersebut memaparkan kanak-kanak berkenaan yang terus bergelak ketawa walaupun gelung getahnya sudah terjatuh ke lantai.

Gambar : Fazri Hassan

Wajah polos kanak-kanak perempuan itu menjadi bualan terutamanya di laman Twitter. Guru pelajar tersebut, Fazri Hassan telah memuat naik video berkenaan dan telah diulang kicau lebih dari 19,000 kali.

Gambar : Fazri Hassan

Kisah Disebalik Senyum Tawa Si Tudung Biru

Namun, ada sesuatu yang tersirat di balik semua yang tersurat.

Menurut Fariz, Maisarah merupakan pelajarnya di kelas Pendidikan Khas. Kanak-kanak itu tergolong dalam kategori Global development Delayed.

Global development Delayed adalah istilah umum yang digunakan untuk situasi yang terjadi semasa tempoh perkembangan kanak-kanak.

Ia lazimnya berlaku sewaktu kanak-kanak berusia 1 sehingga 18 tahun. Kanak-kanak yang mengalaminya akan mempunyai fungsi intelaktual yang lebih rendah dan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi.

Gambar : Fazri Hassan

Fariz turut menjelaskan secara lanjut mengenai kategori utama dalam Pendidikan Khas.

Gambar : Fazri Hassan

Program Pendidikan Khas Integrasi

Fazri menambah di ruangan komennya tentang apa yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi. Mungkin masyarakat hari ini hanya maklum mengenai terma perkataan itu namun tidak tahu tentang maksud disebaliknya.

Ia adalah pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak bekeperluan khas seperti golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, pendengaran mahupun penglihatan.

Pembelajaran di kelas ini (Pendidikan Khas) menggunakan pendekatan baru yang menekankan kepada kemahiran, pencapaian, kefungsian, perkembangan dan penguasaan kanak-kanak.

Gambar : Fazri Hassan

Malah, Fazri juga berkata bahawa atlet tempatan banyak memberi ‘publisiti’ kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh golongan sebegini. Ia merupakan peluang yang baik untuk masyarakat memahami dengan lebih dalam tentang kategori-kategori Pendidikan Khas.

Celebral Palsy (CP) merupakan gangguan pergerakan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Ia mempunyai simptom yang berbeza dan selalunya mereka yang mengalaminya akan mempunyai koordinasi otot yang lemah.

Gambar : LITE

Fazri juga gemar memuat naik video menceritakan perkembangan dan pembelajaran Maisarah di laman Twitternya. Keletah dan kecomelan Maisarah sentiasa menghiburkan hati penonton yang melihat.

Gambar : Fazri Hassan
Gambar : Fazri Hassan

Fazri juga memaklumkan bahawa semua video yang dimuat naik itu mendapat kebenaran dari ibu bapa pelajarnya. Lagipun video yang dikongsinya di laman tersebut hanya untuk tujuan pembelajaran dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pendidikan khas.

Gambar : Fazri Hassan

Sumber : Fazri Hassan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.