Siakap Keli

Upacara Pengebumian Mangsa Christchurch Ditangguh

Tokoh kanan komuniti Muslim di New Zealand telah menangguhkan upacara pengkebumian yang melibatkan mangsa serangan masjid Christchurch.

Peristiwa sadis yang melibatkan serangan tembakan itu telah mengorbankan 50 orang. Lebih dari 40 orang cedera yang 30 masih berada di hospital Christchurch, kata pihak berkuasa.

Sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah. dipindahkan ke hospital di Auckland.

Ia ternyata merupakan kejadian terburuk yang pernah terjadi di New Zealand.

Persiapan Untuk Pengkebumian Sudah Dibuat Hari Ini

Sebenarnya perancangan awal adalah untuk menanam 10 jenazah dahulu pada hari ini, namun perkara itu tidak terjadi selepas perbincangan dalam mesyuarat.

Persiapan untuk upacara pengebumian mangsa serangan masjid Christchurch telah dijalankan pada hari ini (Selasa).

Jenazah korban serangan tersebut akan dimandi serta dikafankan dan bakal dikebumikan mengikut cara (ritual) agama Islam. Proses itu dibantu oleh para sukarelawan yang diterbangkan khas dari luar negara.

Gambar : The Telegraph

Namun setelah perbincangan semula, berkemungkinan tiada jenazah yang akan dikebumikan sehingga Rabu atau Khamis.

Perdana Menteri, Jacinda Arden berharap agar semua jenazah korban akan dikembalikan kepada keluarga mereka esok.

Gambar : NZ Herald

Sementara itu, persiapan upacara tersebut sedang dilakukan di Memorial Park Cemetery di pinggiran timur Linwood – sekitar 1 km dari tempat kejadian (insiden tembakan di Masjid Linwood pada hari Jumaat).

Kubur-kubur itu kini telah digali (bahagian Muslim) di tanah perkuburan yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Christchurch.

Manakala, Sarah Stuart-Black yang merupakan Pengarah Kementerian Pertahanan, Pertahanan & Pengurusan Kecemasan berkata kepada media tempatan,

“Kami sangat mementingkan kehendak dan keperluan setiap keluarga.”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=XENoYbcRsEY?start=12]

Sumber : Reuters.com , nzHerald.co.nz, Ruptly

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.