Siakap Keli

(Video) Selepas Lombok, Ombak Besar Bali ‘Devil Tears Indonesia’ ‘Telan’ Pelancong

Beberapa hari lalu satu rakaman video menyaksikan seorang pelancong wanita dihempas ombak besar Bali tular di media sosial.

Rakaman tersebut memperlihatkan pelancong tersebut berdiri di tebing pantai Nusa Lembongan, Bali kerana ingin merakamankan gambar sambil tersenyum.

Namun, apa yang berlaku sebaliknya apabila sebaik sahaja dia mendepakan tangannya, ombak besar menghempas dari belakang.

Dia kemudian hilang dibawa badai tetapi didakwa diselamatkan penduduk tempatan.

Walau bagaimanapun, video menunjukkan wanita tersebut mengalami luka ringan.

Seorang individu melalui status Twitter mendakwa bahawa kejadian ombak itu digelar sebagai ‘Devil Tears’.  Kebanyakkan pelancong sudah diberi amaran untuk menjauhi kawasan batu basah dan tidak membelakangi pantai.

Sumber: Twitter, Tribun News

Nur Farra