Siakap Keli

Ahli Politik Itali Penyokong Anti-Vaksin Masuk Hospital Akibat Demam Campak

Seorang ahli politik Itali yang juga pemimpin gerakkan anti-vaksin tempatan dan mengundi untuk menentang cadangan kerajaan mahu mewajibkan suntikan vaksin dilapor dimasukkan hospital akibat demam campak.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Massimiliano Fedriga, ahli politik daripada Parti Liga di laman twitternya. Fedriga memaklumkan bahawa dia ditahan selama empat hari di hospital akibat demam campak.

Bagaimanapun perkongsian yang dibuatnya diherdik oleh orang awam di Itali yang menganggap ia adalah karma diatas keengganannya bersetuju dengan cadangan yang dikemukan kerajaan.

Frediga yang juga Presiden Wilayah Friuli-Venezia Giulia sebelum ini memberitahu bahawa dia membawa anaknya mendapatkan suntikan vaksin tapi percaya orang ramai tidak patut dipaksa berbuat demikian.

”Saya sebelum ini berkata saya menerima vaksin tetapi saya percaya kita tidak patut memaksa orang ramai. Ada yang kata saya mendapat demam campak disebabkan anak saya tidak menerima vaksin. Tidak benar, anak saya menerima vaksin,” katanya.

Seorang doktor terkenal Itali, Roberto Burioni mendoakan agar Fredriga cepat sembuh dan berharap insiden berkenaan membuka matanya mengenai kepentingan suntikan vaksin dalam kalangan orang dewasa.

”Rata-rata orang dewasa Itali tidak menerima suntikan vaksin. Jika mereka menerima suntikkan vaksin tersebut sebagai orang dewasa, mereka boleh menjalani kehidupan yang saihat,” katanya.

Kerajaan Itali sebelum ini mahu mewajibkan suntikan vaksin dalam kalangan rakyatnya bagi menentang 12 penyakit berbahaya termasuk demam campak.

Dikri Lorenzin yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan Itali itu susulan wabak demam campak yang melanda negara tersebut pada 2017.

Melalui dikri berkenaan, mana-mana kanak-kanak yang tidak menerima suntikkan vaksin tidak akan dibenarkan ke sekolah dan ibu bapa boleh dikenakan denda antara 100 hingga 500 Euros.

Frediga ketika ditemuramah mendakwa keputusan kerajaan Itali yang ditunjangi Parti Demokrat itu adalah tindakkan ‘stanilist’ kerana cuba ‘memaksa’ orang awam menerima polisi kerajaan.

Sumber: news.com.au

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.