Siakap Keli

Bencana Paling Dasyat Pernah Melanda Hemisfera Selatan, Lebih 1000 Orang Terkorban – Agensi PBB

Persatuan bangsa-bangsa bersatu telah melaporkan bahawa taufan Idai yang melanda Afrika Selatan ternyata mencetuskan ‘bencana besar’.

Hal ini berikutan angka mereka yang terjejas akibat bencana tersebut semakin meningkat ke ratusan ribu orang.

Gambar : Indipendent.co

Malah dikatakan lebih 1,000 orang mungkin terbunuh.

Taufan Idai berlaku berhampiran bandar pelabuhan Beira di wilayah Sofala dengan angin kencang sehingga 177 km / j (106 mph).

Rantau itu juga telah dilanda banjir dan kemusnahan yang melibatkan Mozambique, Zimbabwe dan Malawi.

Menurut agensi PBB, Ia merupakan bencana cuaca yang paling dasyat pernah melanda hemisfera selatan. Sementelah itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia PBB amat memerlukan sokongan logistik untuk memudahkan urusan menyelamat mangsa.

Gambar : Eurasiareview.com

Gabenor wilayah Manica, Manuel Rodrigues mengatakan bahawa pihak berkuasa akan berusaha keras untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

“Ia sangat menyedihkan apabila melihat mangsa yang melambai-lambai meminta bantuan sewaktu kami terbang melalui kawasan itu”

“Mereka berada dibumbung zink rumah yang telah sepenuhnya ditenggelami air”

“Kami membayangkan bagaimana mereka berada disana lebih dua atau tiga hari tanpa makanan dan minuman.”

Gambar : Weather
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=rCO9MSRXYWA?start=73]

Sumber : BBC.com, The Guardian

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.