Siakap Keli

Gempa Bumi Kuat 6.4 Skala Richter Gegar Turki

Gempa bumi berukursan lebih 6.4 pada skala Richter mengegarkan Barat Turki 13 minit lalu (2.45pm waktu Malaysia).

Gempa tersebut menyerang 123km dari Izmir ke Antalya.  Laporan tersebut dikongsi melalui Twitter rasmi organisasi gempa, EMSC.

Gegaran gempa itu dirasakan dari Ankara, Sere, Karaman, Soma, Izmir, sehingga ke kawasan sekitar Antalya.

Setakat ini tiada tsunami dan berita rasmi keadaan penduduk sekitar dilaporkan.

Nur Farra