Siakap Keli

Cas Telefon Ketika Mandi, Remaja Maut Selepas Telefon Itu Jatuh Dalam Tab Mandi

Seorang remaja perempuan 14 tahun maut selepas telefon bimbit miliknya terjatuh di dalam tab mandi ketika telefon bimbit itu dicaj dan menyebabkan mangsa mengalami kejutan elektrik di kediamanya Cheboksary, Rusia.

Keluarga mangsa sempat membuat panggilan kecemasan namun mangsa meninggal di tempat kejadian, kata salah seorang doktor.

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di Rusia malah ini adalah kejadian ke tiga yang turut melibatkan nyawa. Kerajaan Rusia sendiri turut memberi amaran berulang kali termasuklah seorang pegawai menyebutnya sebagai “Russian roulette”

Pada Disember tahun lalu, seorang remaja perempuan dan juara dalam seni mempertahankan diri, 15 meninggal dunia ketika menggunakan iphone miliknya yang pada ketika itu sedang dicaj ketika mandi dirumahnya. Kejadian yang sama juga berlaku kepada remaja perempuan 12, di rumahnya berdekatan Moscow apabila dia meninggal dunia kerana mendengar lagu ketika berada di dalam bilik air.

Akibat daripada kejadian ini, Ketua Jabatan Radio-elektronik, Universiti Irkutsk berkata “air merupakan konduktur yang baik kepada elektrik. Ini merupakan sebab berlakunya litar pintas jika telefon bimbit yang sedang dicaj jatuh ke dalam air. Jika telefon bimbit itu tidak dicaj, maka kejadian ini tidak akan berlaku”.

Sumber: Metro.co.uk

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia