Siakap Keli

Sebak, Siapa Sangka Kotak Berukuran 2 Meter Ini Merupakan ‘Rumah’ Kepada Seorang Lelaki

Setiap daripada kita sentiasa menginginkan kehidupan bahagia dan paling penting, mempunyai tempat kediaman yang selesa untuk didiami.  Oleh itu, kita sentiasa akan mencari kemewahan untuk melengkapi keselesaan yang dimahukan.

Namun, terkadang kita lupa dalam kita mencari, masih ada yang tidak bernasib baik.  Bukan hanya tempat untuk didiami, malah keperluan makanan untuk terus hidup turut tidak sempurna.

Seorang indvidu di Facebook berkongsi gambar seorang lelaki daripada Filipina yang tinggal dalam sebuah kotak kayu kecil untuk melindungi dirinya daripada cuaca mahupun ancaman luar.

Siapa sangka kotak berukuran 2 meter dengan lebar lebih kurang 1 meter itu dijadikan rumah bagi lelaki ini.

Gambar tersebut walau bagaimanapun mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan keadaannya.  Dalam pada itu, ada juga yang mengecam tindakan individu itu memuat naik gambar tanpa menghulurkan bantuan.

Apa-apa pun niatnya, kita sebagai manusia wajar membantu antara satu sama lain.  Jika kita fikir kita susah, ingatlah ada lagi yang lebih daif dan susah daripada diri ini.

Semoga nasib lelaki ini didengari dan dilindungi.

Sumber: Xylenejoy Siarot

Nur Farra