Siakap Keli
Gambar : FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

”Setiap Orang Perlu Diberi Peluang Kedua, Pelajar Lepasan Henry Gurney Kini Berkhidmat Dengan Saya,” – Syed Saddiq

Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan dalam hidup. Kerana itulah setiap daripada kita berhak dan layak diberikan peluang kedua.

Perkongsian oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai seorang kakitangan di jabatannya yang merupakan lepasan Sekolah Henry Gurney wajar diberi pujian.

Ini membuktikan bahawa setiap insan terutamanya anak muda boleh berubah menjadi lebih baik jika diberikan kesempatan dan ruang. Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

Saudara Emam telah mula berkhidmat di pejabat saya sejak tiga minggu yang lalu.

Emam merupakan lepasan Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun atas kesalahan juvana namun beliau tidak pernah mengenal erti putus asa untuk menggapai cita-citanya.

Menduduki peperiksaan SPM dalam Sekolah Henry Gurney bukanlah penghalang untuk beliau mendapat keputusan yang cemerlang. Emam telah berjaya memperoleh keputusan 8A1B dalam SPM pada tahun 2013 seterusnya melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dalam bidang TESL.

His SPM result is much better than mine, thus why i am standing and he is sitting in the minister’s seat today. Hopefully his entrance to the team will inspire him to do better!

Emam turut bergiat aktif dalam memberi perkongsian ilmu dan intervensi sosial bermatlamat membuka minda dan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk memberi suntikan semangat bagi mengukuhkan jati diri golongan yang tersasar.

Setiap orang wajar diberi #PeluangKedua dalam membantu mereka untuk berubah menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

Projek Reben Kuning adalah sebuah inisiatif baharu KBS bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memberi peluang kedua kepada golongan tersasar khususnya buat anak muda.

Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan projek yang bermakna ini. Mereka hanya perlukan peluang kedua.

#RebenKuning
#PeluangKedua

Sumber : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.