Siakap Keli

(Video)Merdunya Suara Imam, Parlimen New Zealand Dibuka Dengan Bacaan Ayat Al-Quran

Pembukaan persidangan New Zealand, pertama selepas kejadian serangan pengganas dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, semalam.

Seorang imam di sebuah masjid tempatan dijemput untuk menyertai majlis dan memperdengarkan bacaannya sebagai isyarat bahawa seluruh komuniti New Zealand bersatu-padu bersama-sama dengan mangsa yang terjejas.

Ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh imam berekanaan adalah petikan daripada Surah Al-Baqarah.

Menurut laporan media antarabangsa, bacaan ayat Al-Quran oleh imam tersebut adalah yang kali pertama berlaku dalam dewan parlimen New Zealand.

Suasana berkenaan turut mendapat pujian daripada kerajaan Turki.

”Saya memuji tindakkan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh Parlimen New Zealand. Langkah yang diambil ini adalah usaha yang baik dalam menentang keganasan dan fasisma,” kata Ibrahim Kalin, jurucakap Presiden Turki.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden yang mendapat pujian seluruh dunia diatas ketegasan dan ketenangan dalam mengendali tragedi tersebut turut memberikan ucapan salam sebelum berbahas.

”Saya menyeru anda semua supaya menyebut nama-nama mereka yang terkorban, bukannya nama lelaki penyerang itu.

”Dia adalah pengganas, penjenayah dan ekstremis. Biarkan dia menjadi manusia tanpa nama,” kata Jacinda.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tHr62MKcMbI]

 

Sumber: The Independent

Jawatan Kosong di Siakap Keli

Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli

  • Kelayakan minimum SPM dan ke atas, fresh graduate amat digalakkan
  • Memang meminati bidang penulisan
  • Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa
  • Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Menepati masa dan bertanggungjawab

Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.