Siakap Keli

Azan Solat Jumaat Akan Bersiaran Langsung Di Radio Dan TV New Zealand Minggu Ini

Hampir seminggu tragedi tembakkan di Christchurch, kerajaan New Zealand pimpinan Jacinda Arden mengumumkan bahawa azan Solat Jumaat akan datang akan diberi laluan untuk bersiaran langsung di stesen radio dan televisyen serta 2 minit tafakur, sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa yang terjejas.

”Terdapat keinginan yang sangat jelas dalam komuniti iaitu mahu memberi sokongan moral terutamanya apabila mereka ke masjid untuk beribadah,” katanya.

Masjid Al-Noor yang menjadi lokasi utama serangan meragut lebih 40 nyawa akan dibuka semula menjelang Jumaat ini. Komuniti perniagaan di bandar itu juga dilapor bersetuju membantu umat Islam di sana untuk membaiki kerosakkan di masjid tersebut.

Menurut Jacinda, 2 minit tafakur peringkat kebangsaan Jumaat ini sebagai tanda genap seminggu serangan keganasan terjadi.

Dalam pada itu, kerajaannya juga memandang serius seruan yang dibuat kumpulan militan IS yang mahu penyokong-penyokongnya bangkit membalas dendam.

Ketika ini, kerajaan New Zealand dalam proses mengenal pasti identiti mangsa-mangsa yang terkorban dan sebahagiannya sudah diserahkan kembali kepada waris untuk diuruskan.

Sumber: SBS News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.