Siakap Keli

Boikot Piala Airmarine 2019, Syed Saddiq Akui Stadium Hambar Tanpa Ultras Malaya

Kejohanan Bola Sepak Piala Airmarine 2019 menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Singapura dan perlawanan itu dikatakan turut hambar tanpa kehadiaran penyokong tegar, Ultras Malaya.

Syed Saddiq dalam pada itu mengakui ketidakhadiran Ultras Malaya seperti ‘mematikan’ semangat para pemain tanpa laungan di stadium.

“Paling jelas, ketidakhadiran Ultras Malaya sangat dirasai kerana semangat yang mereka bawa ke stadium itu tiada tandingannya,” kata beliau.

Memetik laporan Bernama, Ultras Malaya memboikot aksi Piala Airmarine 2019 susulan harga tiket didakwa mahal sebanyak RM35 sedangkan setiap aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ sebelum ini hanya RM20.

Nur Farra