Siakap Keli

Fenomena Ais Terkini Tasik Michigan Terlalu Hebat, Persis Jubin Biru Buatan Tangan

Musim bunga telah meninggalkan Tasik Michigan yang diliputi dalam kepingan ais yang cantik. Air tasik yang membeku kelihatan seperti jubin berwarna biru atau gelombang ombak beku yang dijaga dengan baik.

Di Chicago, Illinois suhu mencapai -30C (-23F) pada puncak sejuk sehingga menyebabkan pembekuan ais terjadi dan terbentuk seperti cerucuk kesan daripada gelombang air tasik.

Fenomena menakjubkan ini dapat dilihat di sepanjang tasih Michigan dan dirakam dengan hasil yang sangat menakjubkan.

Walaupun cantik melalui gambar, namun pengawal pantai Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ais itu hanya boleh dilihat daripada jauh kerana tidak selamat untuk berdiri diatasnya.

Sumber: The Independent

Nur Farra