Siakap Keli

“Hentikan Pembunuhan Golongan Pendatang” Pemandu Nekad Bakar Bas Sekolah Dipenuhi 51 Orang Pelajar

Seorang pemandu bas sekolah nekad membakar sebuah bas dipandunya yang dipenuhi 51 orang pelajar sekolah rendah di Milan, Itali.

Ketika mereka diselamatkan oleh oleh pihak berkuasa, ada di antara pelajar berkenaan yang berada dalam keadaan tangan terikat.

Kanak-Kanak Diselamatkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Gambar : bbc.com)

Kejadian itu bermula apabila sekumpulan pelajar dan penjaga mereka menaiki bas dari sebuah gimnasium ke sekolah.

Namun ketika dalam perjalanan, pemandu bas berkenaan menggunakan jalan yang berbeza (dari selalunya) dan menuju ke lapangan terbang Linate, Milan.

Tiba-tiba suasana bertukar riuh apabila suspek mengeluarkan pisau dan mengancam para penumpang. Melihat situasi yang kelam kabut itu, seorang pelajar bertindak pantas dengan menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Atas maklumat daripada ibu bapa pelajar berkenaan, pihak polis mengerahkan pasukannya untuk memintas bas terbabit.

Insiden kejar-mengejar berlaku untuk seketika sebelum bas itu merempuh kereta pihak polis. Dapat dilihat petrol sudah mula mengalir keluar akibat dari pelanggaran tadi, sebaik sahaja bas itu berhenti, si pemandu  segera turun dan cuba untuk menyalakan api.

Namun, atas kecekapan pihak polis memecahkan tingkap belakang bas itu dapat menyelamatkan kesemua kanak-kanak terlibat sebelum kenderaan itu hangus dibakar api.

Gambar : Dhaka Tribune

Tiba-tiba suasana bertukar riuh apabila suspek mengeluarkan pisau dan mengancam para penumpang. Melihat situasi yang kelam kabut itu, seorang pelajar bertindak pantas dengan menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Atas maklumat daripada ibu bapa pelajar berkenaan, pihak polis mengerahkan pasukannya untuk memintas bas terbabit.

Insiden kejar-mengejar berlaku untuk seketika sebelum bas itu merempuh kereta pihak polis.

Gambar : The Sun.uk.co

Dilaporkan empat belas orang kanak-kanak mengalami kesukaran untuk bernafas kerana tersedut asap dari bas yang terbakar.

Pemandu bas terbabit merupakan warga Itali telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Beliau dituduh menculik, cubaan untuk melarikan diri ketika ditangkap, cubaan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan menyebabkan kebakaran.

Guru yang berada di dalam bas sewaktu kejadian memberitahu bahawa pemandu itu marah terhadap polisi imigrasi Itali dan pembunuhan golongan migran (pendatang) di negara mediterranean seperti Sepanyol, Itali dan Portugal.

Pemandu itu juga sering kali menyebut supaya menghentikan pembunuhan golongan imigran (pendatang). Beliau sebelum ini pernah disabitkan atas kesalahan meyerang orang awam dan memandu ketika mabuk.

Ketua Pendakwa Raya Daerah Milan, Francesco Greco menyifatkan insiden itu sebagai satu keajaiban kerana tiada seorang pun yang terkorban.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=LXpCJyrOLtg?start=5]

Sumber : bbc.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.